Assalamualaikum my dear gojes, sahabat2 Achik semua!!
Semua nak cantik kan? Lagi best kalau hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang ada kat dapur kita tu. so
Petang ni Achik nak share beberapa petua mudah nak cantik hanya dari dapur sahaja!
Kekalkan kecantikan diri luar dan dalam sejak dari anak dara lagi jom. Selamat Mencuba!
Petua 1: Air halia
Bahan-bahan:- 7 biji cengkih
- 7 batang serai
- 7 helai daun pandan
- 7 buku halia
- 1 cawan gula merah (boleh ditambah jika inginkan manis)
Cara-cara:
Rebus pada waktu malam kesemua bahan di atas selama satu jam dan biarkan ia ditutup. Keesokannya sebelum minum, panaskan lagi selama 20 minit. Boleh disimpan di dalam peti ais tetapi lebih baik jika diminum panas-panas. Baik untuk kesihatan dalaman tubuh badan.
Petua 2: Air mandian Rebusan Herba ( Wajib 7 bahan)
Bahan-bahan :- Daun serai wangi
- Daun pandan
- Halia
- Daun limau purut
- Kulit bawang putih
- Sedikit kunyit hidup (ditumbuk)
- Daun sirih
Cara-cara:
Rebus kesemua bahan diatas selama sejam. Tuangkan ke dalam bath up atau besen mandian. Lebih baik jika ada sauna sendiri di rumah. Mesti disiram bermula dari ubun-ubun kepala hingga ke kaki.
Petua 3: Lulur beras
Bahan-bahan :- Beras yang direndam 2 hari 2 malam
- Kunyit hidup ditumbuk
- Daun asam jawa/daun asam belimbing
- Sedikit air mawar
- Sehelai/2 helai daun pandan untuk pewangi
Cara-cara:
Kisarkan kesemua bahan di atas sehingga hancur. Buang airnya dan ambil mendapan/hampas bahan-bahan dikisar tadi. Kemudian, lulur dan scrub di badan atau muka spt bedak sejuk semalaman. Berkesan untuk puitihkan badan.
p/s: ** kesemua petua 1,2 dan 3 ini boleh dicampur sedikit garam untuk menjadi pendinding diri.
Achik a.k.a Cikgu Gojes
Cantik Secara Semulajadi.
www.wasap.my/60132945039 jom sembang2 tips kecantikan
No comments:
Post a Comment